Sayu. Sumpah sayu.
Banyak kali jugak cuba nak bercakap, bersembang. Sebab dia sangat ramah.
Ramai anak muda sebaya aku yang kebanyakan nya lelaki akan pergi bersembang dan bertanya khabar.
Bukan sengaja untuk rasa simpati sebab aku tahu dia mesti taknak rasa simpati tu.
Tak tahu kenapa harini rasa tu kuat. Jalan terus meluru bagi salam dan bertanya khabar. Masa tu dah bergenang dah air mata. Sebab dia sangat kuat. Sangat punya bersyukur ke atas Tuhan.
"Semalam abang pergi lah hospital, sebab lutut ni bengkak. Nak solat tu sakit sangat rasa. Tapi apalah sangat sakit yang Allah bagi ni berbanding dengan dia selalu ada untuk kita. Allah tu selalu ada"
Allah.
"Abang pergi ke hospital naik apa?" "Naik teksi la, abang dah lama berdikari. Taknak susah kan orang. Allah kan ada"
Dia sentiasa senyum saat berkata "Allah kan ada"
Saat kita yang manusia biasa yang semua cukup. Pakai makan kesihatan. Masih nak mengeluh rezeki yang Tuhan bagi. Aku ni solat pun hujung hujung waktu. Makan pun selalu tak habis. Kerja pun asyik nak mengeluh. Mulut asyik terkumat kamit lagu omputeh, walhal banyak lagi surah yang tak dihafal. Tudung masih tak labuh, tertayang sana sini.
Ya Tuhan.
Si malu pada Tuhan,
Sevgi.
No comments:
Post a Comment